logo URS

  • E-mel Kami

    blt@buildlandtech.com.my

  • Hubungi Kami

    +609-296 5884

Profil Syarikat

bltsb corporate

BUILD LAND TECHNOLOGY SDN. BHD. ditubuhkan pada 20 Julai 2007 merupakan syarikat kontraktor binaan bangunan, pembekal bahan mentah dan perunding pengurusan projek yang berdaftar dengan pendaftaran syarikat 781742-U Build Land Technology Sdn. Bhd.

Build Land Technology Sdn. Bhd. adalah syarikat kontraktor binaan Bumiputera 100% dan merupakan kontraktor binaan kelas G7 (kontraktor CIDB Gred 7) Pahang Darul Makmur.

Pengenalan Syarikat

jafri ahmad pengarah urusan 01Build Land Technology Sdn. Bhd. dibangunkan oleh seorang anak muda yang mempunyai semangat dan keyakinan untuk memajukan diri dan menaikkan nama beliau yang mampu setanding dengan orang lain di dalam masyarakat luar. Berbekalkan ilmu dan pengetahuan bidang Kejuruteraan Awam, pengalaman dan juga modal beliau menubuhkan syarikat ini.

Latar belakang syarikat adalah bermula dari penubuhan syarikat Build Land Enterprise pada tahun 2004 yang berdaftar sebagai kontraktor kelas D. Pemilik syarikat mengorak langkah memberanikan diri menceburi bidang kejuruteraan awam di tahap yang lebih tinggi dan seterusnya menjadi sebuah syarikat kontraktor yang berwibawa. Dengan keazaman dan kecekalan yang tinggi syarikat Build Land Technology Sdn. Bhd. mampu bersaing dalam merealisasikan impian menjadi contoh dan kebanggaan negara.

Dengan prinsip 'Pengetahuan Berasaskan Teknologi' kami percaya mampu melangkah lebih jauh di dalam bidang ini serta menjadi usahawan yang proaktif dan berdaya maju di era permodenan kini.

Petikan Kata

A society that is scientifically progressive and innovative is not only an adopter of technology but a contributor of knowledge base on scientific and technology.

Prime Minister
'The Way Forward'

Sebuah masyarakat yang progresif secara saintifik dan inovatif bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tapi penyumbang asas pengetahuan saintifik dan teknologi.

Terjemahan Bersama Pengarah BLTSB
'Leading Towards Technology'

Pemegang Saham

Nama Pemilik Dato' Jafri bin Ahmad
Jawatan Pengarah Urusan
Pengalaman 18 Tahun
Jumlah Saham 100%
   
Bentuk Perniagaan Sendirian Berhad (100% Bumiputera)  

 

Maklumat Syarikat

Nama Syarikat BUILD LAND TECHNOLOGY SDN. BHD. Alamat Berdaftar A-21 TINGKAT 2, LORONG TUN ISMAIL 9, 25100 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
Tarikh Penubuhan 20 Julai 2007 Alamat Pejabat / Surat Menyurat LOT 939, JALAN SIMPANG LUBOK KAWAH, 28000 TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR.
No. Pendaftaran Syarikat 781742-U Alamat Cawangan -
Modal Dibenarkan RM 5,000,000.00
No. Telefon +609-277 5884
Modal Berbayar RM 4,000,000.00
Jenis Perniagaan Kontrak Binaan Bangunan, Cuci Bangunan, Kejuruteraan Awam, Membekal Bahan Binaan Dan Bahan Mentah.

 

 

Video Pengarah Urusan