Monday, 31 December 2018

Majlis Perpisahan Pn Afiqah

Majlis Perpisahan Staf BLTSB Warga BLTSB mengucapkan selamat maju jaya kepada Pn. Afiqah yang akan meninggalkan syarikat ini mulai Januari 2019.

Sedikit majlis ringkas telah diadakan pada hari ni 31 Disember 2018 bagi meraikan dan menghargai khidmat beliau yang telah dicurahkan sepanjang bertugas di BLTSB ini.

Pihak BLTSB juga merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih diatas segala sumbangan dan usaha yang telah dicurahkan di syarikat ini. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

Semoga bertemu lagi di masa akan datang.

Selamat Maju Jaya!

Monday, 31 December 2018